time petang macam begini memang best pegi melepak dengan kengkawan daripada terperap dalam umah. seperti aku, aku selalu terperap dalam umah. mcm katak di bawah tempurung, banyak benda hal luar aku tak tau. nak tengok cntohnya?
sambil mataku mengintai ke luar jendela, aq tertarik dengan gaya budak perempuan dalam lingkungan 10 tahun bawak basikal. adui,guna seluar pendek,seluar hawaii,lau jatuh tak luka takpa jugak tpi lau luka? ndak ka berkudis tu nanti?
tpi bila budak tu dah usaha membawa basikal fixie tanpa bantuan orng lain dia berjaya jugak. ok la tu. sekurang-kurangnya dia tau bawak basikal dah. berbanding aku yang selalu kat umah,bawak basikal pun aq still x tau. betul. penat aku cuba. aq pernah terjatuh bha bawak basikal.time tu aku tingkatan 4. time tu,adik aq yang jdi guru bawak basikal,dia suka bawak aq tempat yng mempunyai jalan bertar dan trun bukit. supaya xpenat mengayuh katanya. bila aku try,memang betul, x payah kayuh,laju sampai mau terbang dah basikal yng aku naiki ketika tu. time tu Tuhan jak yang tahu betapa bengapnya aq p berteriak sekuat hati.
supaya apalah kak jue berteriak tu konon? supaya basikal tu pun simpati then landingkan kak jue d tempat yng selamat? hahahaha. ndak akan berlaku sedemikian kak jue.
kemudian,putus asa melanda diri sebab kaki n lutut aku berdarah. kuang asam pnya adik! dia tak bagitau yng brek basikal tu x boleh guna. kaki lak berdarah coz jdi brek basikal. selipar pulak ntah ke mana suda. selipar kesayangan aku.selipar bata.huhuhuhu.
time tu mcik Darma yg ada disitu ketawa terbahak-bahak. betul, sakit hati bha aq tengok mereka berdua gelakkan aq yang belum pass bawak basikal. ambik mu kak jue. sapa suruh bawak basikal di jalan yang bertar? padan mukak coz ndak periksa dulu brek basikal tu.
sebab ndak puas hti n takut mak aku mengamuk, aku pun pinjam selipar adik aku. biar dia berkaki ayam.sapa suruh tak bagtau yang brek tu tak leh d guna dah. eee... pedihnya kaki. walaupun dia berkaki ayam,dia ketawa mcm x ingat dunia. ketawa terbahak-bahak bha. geram betul aku.
eeee...
0 comments:
Post a Comment