Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon Nukilan Jejari Si Anakanda Hainiey: jangan bersedih wahai wanita

Saturday, August 27, 2011

jangan bersedih wahai wanita

Assalamualaikum...

bila tengok tajuk entry aku tu,bukan aku nak larang korang nangis bila sesuatu yang buruk tu terjadi.. bukan macam tu tau. aku pun kekadang nangis jugak bila sesuatu perkara yang aku tak sanggup hadapi, or aku tak dapat,aku akan nangis jugak <-- kekadang jela. aku bukannya cengeng tau.
kekadang baca cerita sedih, tengok "Bersama-mu" dalam tv tu, mana boleh aku tahan air mata nie. nangis bha. apatah lagi kehilangan orang tersayang..tambah laju air mata aku mengalir.



so, bagi menangani masalah aku yang tak berapa kerap menangis nie,<-- padahal... Tuhan jer yang tahu berapa kerap aku menangis..
aku pun mula bertanya kepada Puan Google mengenai masalah aku nie.
 dan 
setelah beberapa minit bertanya,
aku pun terpaut dengan suatu artikel..

hayatilah artikel nie k,,,,

....................

jika dunia ini tiada keimanan didalamnya, maka dunia ini tidak berguna, tidak bernilai dan tidak bermakna.

jangan bersedih,sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang dan akan menyia-yiakan kesempatan pada hari ini.

jangan bersedih,sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam dan harapan mulai menghilang.

jangan bersedih kerana kesedihan hanya membuatkan musuh gembira. membuat kawan bersedih, orang yang berdengki senang ,dan buat hakikat-hakikat yang ada berubah.

jangan bersedih,sesungguhnya sedih sama dengan menentang qadha, menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

jangan bersedih,sesungguhnya rasa bersedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir dan tidak mendatangkan manfaat.

jangan bersedih,sesungguhnya rasa bersedih datangnya dari syaitan. Kesedihan adalah putus asa yang menakutkan,kefakiran yang menimpa,putus asa yang berlanjutan, tekanan yang harus dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan.


* p/s so, dah paham apa yang aku maksudkan sini? terutamanya kaum wanita nie. memang sensitif bha. suka betul nangis. <-- macam aku.heeee
golongan lelaki jarang dikaikan dengan menangis nie.jika yang baca entry nie adalah pompuan,jangan bertanya kenapa aku tak kaitkan dengan lelaki dengan menangis. ego lelaki nie tinggi. susah nak buat mereka nie menangis.

jika yang suka menangis ni berstatus bujang lagi takpelah, takda suami nak pujuk,boleh mengadu dengan mak.
tapi wanita yang berstatus isteri nie, jika selalu menangis rumah tangga akan retak sedikit demi sedikit. suami akan bosan jika terpaksa memujuk si isteri selalu.suami mana suka melihat isteri yang suka menangis? mereka berkemungkinan akan mengelasifikasikan sebagai manja dan mengada-ngada. so,berhati-hatilah kita wahai kaum wanita meskipun ada " senjata bagi seorang wanita adalah airmata".















2 comments:

fasuri said...

cengengY dia ni.....tgk bersamamu pn nangis.

Anakanda Hainiey said...

fasuri : kekadang jak la.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...