Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon Nukilan Jejari Si Anakanda Hainiey: kerja masih melambak

Wednesday, July 24, 2013

kerja masih melambak

Asslamualaikum...


huh.. padat betul jadual aku untuk seminggu dua ni.
dan aku menjangkakan minggu hadapan pun begitu jugak. Yela, banyak dah kawan-kawan aku rancang nak cuti raya ni.
sewaktu balik tadi aku menegur Encik Jay dan Encik Yusuf, terus diaorang ketawakan aku,
kata diaorang muka aku macam orang nak pengsan dah.
aku just kata " penat ok. "

bila aku menyusun atur jadual  aktiviti aku, memang padat sehinggakan aku jarang sembahyang jemaah dengan kakitangan LKM sudah.

bulan puasa ni, jika diikutkan kehendak aku, mahu saja aku sembahyang terawih sampai 20 rakaat tapi aku tak mampu. aku penat dan penat memikirkan kerja aku yang masih melambak. 

sepatutnya kerja aku ni tak payah nak bawak balik rumah, sebab kesibukan aku menolong mak aku menyiapkan juadah untuk berbuka dan mengemas, membasuh pinggan sehinggalah adik aku yang bongsu menarik- narik baju aku mengajak sembahyang terawih. aku happy tengok muka budak-budak kecik ni. comelkan muka diaorang tu. tenang hati bila nampak muka diaorang.

tapi dalam kesibukan tu, sempat jugak aku update blog ni. yela, nak lepas tension. hahahaha.
lagipun dekat mana aku nak lepas tension ni, aku tak boleh harapkan keluarga aku sebab aku tahu diaorang pun ada probs sendiri ataupun Mr F. Dia pun ada probs jugakkan. 

esok ada meeting KIK sebelah petang. minit mesyuarat yang lalu belum lagi aku buat.
jumaat ni pula kena hantar semua minit-minit tu untuk Encik Bos sign.
hohoho. matailah. semakin berlambaklah kerja aku.

kepada kawan-kawan sekerja aku, 
aku tahulah cuti kamuorang masih banyak lagi tapi,
lagi elok jika kerjaan kamuorang tukan di bereskan awal-awal sebelum kamuorang onleave.
jadi bila Encik bos tanya dengan aku, aku boleh jawab yang kerja kamuorang dah beres.

kepada mr f,
sorry kalau aku selalu mention nama kak mina.
takda niat tu.
jangan lupa beli baju melayu juga.


aku harap sangat puasa aku tahun ni penuh. 
Ya Allah aku berharap sangat puasaku pada bulan ini penuh. Amin Ya Rabbal Alamin.


setakat tu jak nak tulis. 
aku chaw dulu.

daaaa...






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...