Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon Nukilan Jejari Si Anakanda Hainiey

Tuesday, April 16, 2013

tenang sudah..

Assalamualaikum...

alhamdulillah..
masih lagi aku dibagi peluang untuk update blog.

 yay, ari ni aku pegi amik medical chit aku. 
so, dapatlah aku mc selama dua hari. 
bolehlah aku rehat dirumah. 
aku nak pantau adik-adik aku yang sudah lama aku biarkan.
aku nak kacau diaorang main basikal.

ditempat kerja aku pula, setelah naik pangkat ke Friable Callus ni.
semakin senang kerja aku.
senang untuk aku kemana-mana tempat.

alhamdulillah..
untuk setakat ini, fikiran aku dah tenang.
tidak lagi serabut seperti time aku study dlu.
tapi sekarang semua tu takda dah..

seperti impian yang aku hendakkan, nak balas jasa orang tua.
hari ini aku buat sesuatu untuk  diaorang.
secara diam-diam aku buatkan diaorang insuran perlindungan diri .
yela, ini semua untuk masa depan.
 seperti Mr F cakap dengan aku," jadi matang ok.."

sebenarnya masih banyak lagi yang aku belum buat untuk keluarga aku dan aku sendiri.
sehinggakan aku target, bila umur aku sudah mencecah 30 tahun, at least separuh dari apa yang hendak aku buat tu terjadi sudah.

untuk Mr F, tolonglah faham yang saya ni perlukan masa sehingga umur saya 30 tahun ok..
 very need ba. macam-macam yng aku nak buat ni tau .kalau Mr F taknak juga, banyak sudah syarat saya listkan ni. sehingga Mr F berfikir untuk bunuh diri. hahahaha <-- evil laugh




Thursday, February 14, 2013

kesian..

Assalamualaikum...

hari ini merupakan hari pertama aku keluar untuk makan dengan satu team aku. 
ya, selama ini, selagi aku masih boleh menolak tawaran tu, aku tolak. 
but, today, i not have any reason for argue.
aku buntu. 
apa-apalah.
benda dah jadi kn? 
buat apa nk menyesal pula?


ya, hari ini masuk pekerja baru.
esok nak training diaorang.
sebenarnya aku tak malas nak training orang baru ni.
why?
sebab mereka bukan sahaja tnya tentang kerja malahan yang aku rasa privacy pun turut ditanya.
iya kan?
sebab tulah time training orang baru ni, aku suka minta kawan aku yang terangkan walaupun pekat sungguh bahasa kokosnya. kesian dia. 







Saturday, February 2, 2013

kazen dari Makkassar datang!

assalamualaikum...

rasanya lama betul suda aku tidak menjenguk blog aku sendiri..

yela, aku kan sibuk dengan aktiviti aku sendiri.
hehehhe.. 

so, tak perlulah aku bercerita dengan panjang lebar tentang kehidupan aku kan? 
ya..
beberapa hari yang lalu kazen aku datang..
ya, dia dari kota makkassar.

sesampai sahaja dia di tawau, dia terus mengomen tentang tawau. 
ya, aku terima.
tawau tidak seindah kota makkassar.
melihat sahaja picture makkassar di mobile phonenya, aku sudah cukup kagum. 
aku kagum melihat pantai losarinya...
ditambah lagi bila aku mendengar ceritanya. 
ya, cerita tentang makanan di tepi pantai losari pun mengagumkan aku.
sepertinya aku ingin ke sana.

hari ni aku menemaninya ke airport untuk check-in. 
sedih bha. 
singkat sungguh waktu ini.
 sehingga aku sentiasa teringat waktu bergaduh dengannya.

contohnya1 :

aku : di indon tu tu kan gedek. sebab tu kmu selalu mengejek tawau.
kazen aku : ehh.. kamu jangan suka-suka dong panggil indon ya,. mesti full. kok mahu juga malaysia dipanggil malay? 
aku : eh.. boleh juga. 
kazen aku : eh..enggak bisa gitu dong. sepertinya kamu merendah-rendahkan nama indonesia ituuu...
 aku : iyalah. lain kali aku sebut penuh.


naa.. nmpak kn? bukan itu sahaja. 

 contoh 2 :

aku : kenapa mahu guna kot pergi bandar?
kazen aku : iya sih. masalahnya, asalkan bicara indonesia aku terkeluar , mesti pandangan orang malaysia itu fikir aku ni tenaga kerja. kok enggak fikir misalnya untuk melancong ka.. atau melawat keluarga. aku jadi malu sih. that's why aku mahu guna baju eksklusif. 
aku : oooo..betul katamu..

sebenarnya banyak lagi yang dia seperti tidak puas hati. 
aku terima. 

tapi aku cukup mengagumi dirinya. 
seusia aku, tetapi dia sudah pun menjalankan perniagaan like money exchange.but only for dolar and rupiah.



minggu depan dia akan melawat keluarga di semenajung. selepas itu dia akan ke bintulu dan miri. 

eeeee..geram. 
aku nak ikut.

apa-apapun, aku gembira time dia ada disini. 
dia sarungkan cincinnya di jari manisku. 
kami tukar handsfree dan jam. 
terima kasih wahai kazen tersayang.

ok lah. aku banyak kerja lagi ni. biasalah bgi orang yang menanam anggur kan..
heheheh..

daaa

 

Wednesday, November 7, 2012

malas begini

Assalamualaikum..

tadi kena bebel oleh mak n bapak. Semua ni gara-gara pakcik aku suruh aku masuk satu kursus tu. 
eee.. aku tak minat benda tu. 


mak : (nama manja aku), pakcik Yusuf mu tepon mak tadi. bila mau masuk sana? 
aku : tak minat bha tu mak. lagipun  tu kan kursus jak. lama lagi kursusnya tu. macam buang masa. <-- ini anak yang di tanya sepatah, dijawab berpatah-patah. hehehe
bapak : kau ikut saja pakcik mu tu. orang lama bha dia di sana tu.ndak malu dengan adik mu ka?
aku : hurmmmm.... iyalah. nanti aku tnyakan balik dengan pak cik Yusuf tu.<-- cakap jer. padahal dalam hati aku, aku just tnya benda yang xda kaitan dengan kursus yang entah apa-apa tu. hehehe

sebenarnya aku memang tak minat belajar dah. 
dalam fikiran aku hanya nak kumpul duit then bagi diaorang naik haji. 
biar diaorang puas hati. so, takdalah lagi nak bebel-bebal aku lagi. 
hehehe..

tapi mak akulah orang yang suka sangat mendesak aku supaya sambung belajar.
mak aku nilah yang balik-balik membuat kepala aku pening sehingga aku migrain datang. 
time aku lipat kain, basuh kain, mengemas bahkan walaupun time tu aku tengah mengamuk, mak aku balik-balik cakap benda tu. "bila kau mahu sambung belajar nih?"

so, aku paling malas berada dirumah waktu ini. aku lebih suka menghabiskan waktu aku di tempat aku bekerja. saja overtime. boleh naik income aku and the same time, kurang-kurang jugak aku dengar soalan cepumas tu.

dan aku berharap kawan-kawan aku yang lain pun tak bertanyakan soalan yang sama. Ini temasuk jugaklah mr fasuri. 

eh, teringat pulak rakan sekerja aku, abang izam yang bercuti hari ni. dia pegi klinik. cian dia kena morning sickness. 
Nonong pulak dah berhenti. Dia ikut family dia pindah ke Sungai Imam. 





  

Monday, November 5, 2012

Balik kampung

 Assalamualaikum...

pada hari sabtu yang lalu iaitu hari raya aidiladha yang kedua, kmi sekeluarga balik ke kampung bapak aku di Tarakan. hehehe.. best!
first time aku naik speed tu, memang aku takut sangat. takut sampai kerusi tempat duduk tu pulak aku peluk. yelah, macam-macam aku fikir. bagaimana kalau cell phone aku jatuh time aku snap picture? if lah kamera aku jatuh, atau aku yang terjatuh? ish..ish..ish.. nauzubillahmin zalik!

alhamdulillah, setelah beberapa jam di lautan tu,akhirnya selamat jugak kami sekeluarga sampai di darat. Di bumi Tarakan. 

























 






bye indonesia.

best tak terkata time disana. walaupun aku tak tahu guna wang rupiah yang dibagi oleh nenek. harga selipar urut yang aku beli di sana hanya 50 ribu rupiah iaitu 15 ringgit. hehehe



cepat-cepatlah raya. tak sabar aku nak balik indonesia lagi. hehehe..






Monday, October 22, 2012

hidup aku kini


assalamualaikum..

Akhirnya aku kembali lagi untuk mengupdate blog nie. Syukur kepada Tuhan kerana mesih memberi peluang kepada aku untuk bercerita lagi.. hehehe

Sekarang nie,aku tengah kecewa dengan situasi hidup aku. Apa-apapun aku kena tanggung sendiri. Sebab apa? 
Sebab aku salah sendiri. So, kena tanggunglah. 
Aku akui, aku amatlah kecewa dengan keputusan mak aku yang hendak hantar aku pegi bekerja dengan abang sepupu aku di Sarawak. Aku tak tahu apa yang aku kata dengan mak aku hari tu sampailah mak aku fed up dengan aku. 

Sehinggalah hari ini, aku masih lagi seperti dulu. Cuma aku membuat sesuatu tindakan yang agak drastik sedikit. Aku hanya cuba menjauhkan diri daripada kawan-kawan sekolah aku dulu. Dalam usaha aku menjauhkan diri, aku terima berita pasal kawan aku, mimit, yang akan melansungkan perkahwinannya tanggal 13 bulan 11  nanti. Isya-Allah, aku usaha datang yer mit. 

Tak lama lagi semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sangat baguslah cadangan mak aku nak bawa kami adik beradik pergi beraya di Seberang sana, Indonesia.  Walaupun aku agak takut melihat alunan ombak yang seakan mahu memukul orang.. tapi isya-Allah, pasti aku jejaki jugak tanah Indonesia tu.

by the way, hidup aku happy dengan membusykan diri. Aku happy dengan kawan-kawan sekerja aku. 











nampak happy kn?
hehehe

ok lah. tu je yang aku nak cerita. Jumpa dalam post yang akan datang.
Sekian.

Monday, September 3, 2012

bestnya raya

assalamualaikum..
lama dah aku tak mengupdate blog nie...
ntah masih ada yang sudi jenguk atau tak..
aku sendiri pun tahu..
tapi niat aku bukan nak suruh orang jenguk blog aku yang tak berapa ni, 
niat aku hnya untuk melepaskan apa-apa sahaja yang terlintas dalam minda aku.

sepatutnya jam 6.45 p.m  tu aku ikut serta pergi open house yang diadakan oleh satu kerja aku jugak. si Sobri.. mengikut firasat aku, mybe aku jak yang tak pergi disebabkan oleh hal yang tak dapat dielakkan. hahahaha...
mintak maaf ya Sobri..

 so, saksikan raya aku dengan kengkawan sekerja aku.. hehehehe















itu jela yang aku nak share kali nie. raya kali nie memang best. alala.. raya tiap tahun pun best bha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...