Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon Nukilan Jejari Si Anakanda Hainiey: kazen dari Makkassar datang!

Saturday, February 2, 2013

kazen dari Makkassar datang!

assalamualaikum...

rasanya lama betul suda aku tidak menjenguk blog aku sendiri..

yela, aku kan sibuk dengan aktiviti aku sendiri.
hehehhe.. 

so, tak perlulah aku bercerita dengan panjang lebar tentang kehidupan aku kan? 
ya..
beberapa hari yang lalu kazen aku datang..
ya, dia dari kota makkassar.

sesampai sahaja dia di tawau, dia terus mengomen tentang tawau. 
ya, aku terima.
tawau tidak seindah kota makkassar.
melihat sahaja picture makkassar di mobile phonenya, aku sudah cukup kagum. 
aku kagum melihat pantai losarinya...
ditambah lagi bila aku mendengar ceritanya. 
ya, cerita tentang makanan di tepi pantai losari pun mengagumkan aku.
sepertinya aku ingin ke sana.

hari ni aku menemaninya ke airport untuk check-in. 
sedih bha. 
singkat sungguh waktu ini.
 sehingga aku sentiasa teringat waktu bergaduh dengannya.

contohnya1 :

aku : di indon tu tu kan gedek. sebab tu kmu selalu mengejek tawau.
kazen aku : ehh.. kamu jangan suka-suka dong panggil indon ya,. mesti full. kok mahu juga malaysia dipanggil malay? 
aku : eh.. boleh juga. 
kazen aku : eh..enggak bisa gitu dong. sepertinya kamu merendah-rendahkan nama indonesia ituuu...
 aku : iyalah. lain kali aku sebut penuh.


naa.. nmpak kn? bukan itu sahaja. 

 contoh 2 :

aku : kenapa mahu guna kot pergi bandar?
kazen aku : iya sih. masalahnya, asalkan bicara indonesia aku terkeluar , mesti pandangan orang malaysia itu fikir aku ni tenaga kerja. kok enggak fikir misalnya untuk melancong ka.. atau melawat keluarga. aku jadi malu sih. that's why aku mahu guna baju eksklusif. 
aku : oooo..betul katamu..

sebenarnya banyak lagi yang dia seperti tidak puas hati. 
aku terima. 

tapi aku cukup mengagumi dirinya. 
seusia aku, tetapi dia sudah pun menjalankan perniagaan like money exchange.but only for dolar and rupiah.



minggu depan dia akan melawat keluarga di semenajung. selepas itu dia akan ke bintulu dan miri. 

eeeee..geram. 
aku nak ikut.

apa-apapun, aku gembira time dia ada disini. 
dia sarungkan cincinnya di jari manisku. 
kami tukar handsfree dan jam. 
terima kasih wahai kazen tersayang.

ok lah. aku banyak kerja lagi ni. biasalah bgi orang yang menanam anggur kan..
heheheh..

daaa

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...