Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon Nukilan Jejari Si Anakanda Hainiey: August 2011

Tuesday, August 30, 2011

kisah Hari Raya pertama Eid 2011 ku

Assalamualaikum semua..

seminggu sebelum raya aku memang sibuk. sibuk buat persiapan raya sampai sakit tulang belakang gara-gara buat kuih raya.buat buras n so on. mak aku pulak sibuk jahit langsir. adui. hari nie pun sibuk layan tetamu yang datang dari KK buat pertama kali kat umah aku..


hari nie pegi beraya umah keluarga. macam biasa. lepas solat raya pegi kubur. pegi lawat arwah atuk,arwah nenek,moyang tapi,,,,aku sakit hati nie! time raya pun sakit hati lagi. . semua ni sebab kazen yang rapat dengan aku time kecik-kecik dulu buat x ignore jak aku. malah dia tak kenal aku pun. bila mak dia kata versi pelat orang Kota Kinabalu, " c B*ng bha nie Man. tidak kau kenal kha?"

" Tiydak la." 

Bha sadiznya aku dengar. takpa. sabar.
pelik pulak budak nie. dui.. orang beraya pakai baju raya. dia pulak guna baju t-shirt dan berjeans. adui...tolonglah yer. 

bila tengok muka dia, macam muka c  F( kawan aku) 
menyebabkan aku musnahkan perasaan sakit hati.
"sabar ko kak jue.."

"K,aku sabar la nie"

aku pun tegur dia dengan ucapan " selamat raya.." time tu dia nak masuk dapur nak basuh tangan.

dia pulak senyum jer dan berlalu.

" bisu ker apa budak nie?".. aku kering jo.

k,xpa. aku tetap bersabar walaupun sudah "kering" disitu. 

sehinggalah habis melawat semua keluarga di Tawau nie pun dia xda bercakap. bukan sahaja dengan aku,malahan dengan family yang lain. actually aku bukan nak bercakap sangat dengan dia pun tapi rupa dia tu buatkan aku ingat akan kawan aku yang bernama F. hasrat aku nak bercakap mati bila beberapa maklumat aku dapat n hasil pemerhatian aku.
dia :
tinggal d semenanjung dengan kawan-kawan dia. fmly dia kat KK.<-- mak dia yang bagitau
keja di jabatan air<-- jugak mak dia yang bagitau aku
seumur dengan aku n bergaji rm1k <-- nie pun mak dia yang bgitau aku. patutlah dia x dapat duit raya sebab dah bekerja..kih3x. kesian.
berkulit hitam manis 
x suka senyum 
x suka bergambar
suka main game
suka menyendiri
sedikit sombong

k,cukup pasal kazen yang sombong tu. hari nie dia balik ke semenanjung suda. biar dia sana. sombong tul bha. eeeee....



tadi nk telefon kawan-kawan aku yng tak balik beraya tahun nie. kesian bha mereka yang berada di perantauan ni. tapi tak cukup. hanya 3 orng jer yang sempat. hnya c zainah,farah n cidar. pastu kredit dah habiz. x sempat n telefon yang lain. hurm..

al-fatihah buat arwah nenek c cek(kawan sebelah kelas aku) yang meninggal 1 syawal nie . dia mesej aku. kesiannya dia. semua orang tengah happy sambut raya tapi dia pulak..isk...hope u tabah n sabar cek..

k,cukup kisah raya nie. semangat betul aku beraya kali nie. ramai anggota keluarga dtng berkumpul. 


daaa..



Saturday, August 27, 2011

jangan bersedih wahai wanita

Assalamualaikum...

bila tengok tajuk entry aku tu,bukan aku nak larang korang nangis bila sesuatu yang buruk tu terjadi.. bukan macam tu tau. aku pun kekadang nangis jugak bila sesuatu perkara yang aku tak sanggup hadapi, or aku tak dapat,aku akan nangis jugak <-- kekadang jela. aku bukannya cengeng tau.
kekadang baca cerita sedih, tengok "Bersama-mu" dalam tv tu, mana boleh aku tahan air mata nie. nangis bha. apatah lagi kehilangan orang tersayang..tambah laju air mata aku mengalir.



so, bagi menangani masalah aku yang tak berapa kerap menangis nie,<-- padahal... Tuhan jer yang tahu berapa kerap aku menangis..
aku pun mula bertanya kepada Puan Google mengenai masalah aku nie.
 dan 
setelah beberapa minit bertanya,
aku pun terpaut dengan suatu artikel..

hayatilah artikel nie k,,,,

....................

jika dunia ini tiada keimanan didalamnya, maka dunia ini tidak berguna, tidak bernilai dan tidak bermakna.

jangan bersedih,sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang dan akan menyia-yiakan kesempatan pada hari ini.

jangan bersedih,sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam dan harapan mulai menghilang.

jangan bersedih kerana kesedihan hanya membuatkan musuh gembira. membuat kawan bersedih, orang yang berdengki senang ,dan buat hakikat-hakikat yang ada berubah.

jangan bersedih,sesungguhnya sedih sama dengan menentang qadha, menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

jangan bersedih,sesungguhnya rasa bersedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir dan tidak mendatangkan manfaat.

jangan bersedih,sesungguhnya rasa bersedih datangnya dari syaitan. Kesedihan adalah putus asa yang menakutkan,kefakiran yang menimpa,putus asa yang berlanjutan, tekanan yang harus dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan.


* p/s so, dah paham apa yang aku maksudkan sini? terutamanya kaum wanita nie. memang sensitif bha. suka betul nangis. <-- macam aku.heeee
golongan lelaki jarang dikaikan dengan menangis nie.jika yang baca entry nie adalah pompuan,jangan bertanya kenapa aku tak kaitkan dengan lelaki dengan menangis. ego lelaki nie tinggi. susah nak buat mereka nie menangis.

jika yang suka menangis ni berstatus bujang lagi takpelah, takda suami nak pujuk,boleh mengadu dengan mak.
tapi wanita yang berstatus isteri nie, jika selalu menangis rumah tangga akan retak sedikit demi sedikit. suami akan bosan jika terpaksa memujuk si isteri selalu.suami mana suka melihat isteri yang suka menangis? mereka berkemungkinan akan mengelasifikasikan sebagai manja dan mengada-ngada. so,berhati-hatilah kita wahai kaum wanita meskipun ada " senjata bagi seorang wanita adalah airmata".















Monday, August 22, 2011

kisah pagi tadi

Assalamualaikum..


" pa, tolong hantar pegi sekolah bha. lambat suda nie. kalau lambat nanti kena denda..." aku memujuk bapak aku yang sedang duduk menonton di ruang tamu. 

" masih awal nie. jalan kaki lah."

" alaaa..."<--  nada merajuk sambil memakai kasut sekolah.bapak masih lagi macam tadi. tidak berganjak pun dari tempat duduknya dan tanpa memandangku yang sedang menunggunya bangun dan berharap menghantarku ke sekolah.

"jalan kakilah. bukannya panas pun"

 jam menunjukkan pukul 6.30 pagi sedangkan waktu perhimpunan akan bermula pada jam 4.40 pagi.Sempat ker sampai nie? yang pastinya bila bapak suda berkata macam tu,itulah keputusannya. tanpa berlengah lagi aku terus menyalami tangan bapak n mum dan melangkah keluar rumah. So,aku pun 'terpaksa' jalan kaki. rasa nak nangis pun ada. takpa jue, sabar... banyakkan sabar. ..takpa..banyak hikmahnya nie..<-- sengaja mahu sedapkan hati padahal mau mengalir suda air mata ni.

jalan kaki punya jalan kaki aku pun tersempak dengan Syafiq..dia menungguku supaya kami berjalan seiringan..seperti biasa,dia akan menyapa aku duluan. orang happy go lucky memang macam tu.heeee

" hai kak jue. sihat dah?"

"alhamdulillah sihat."

"yeka sihat? muka masih pucat. suara masih serak. masih tarik-tarik hingus lagi tu... pegi kau balik! hahahahaha"

tiba-tiba sebuah kereta Avanza berwarna biru berhenti ditepi syafiq. Norata turun.

" ai,sama-sama nampak. ada apa-apa ka kak jue?"

"biasalah bha. suami isteri bha nie." Shafiq menjawab. Norata terus berlalu meninggalkan kami disitu. 

" isk! kau fiq kalau menjawab agak-agaklah. terguris hati bekas mu nanti"

" dia yang duluan. biarlah dia rasa"

sepanjang berjalan menuju ke sekolah aku hanya suka berdiam. malu betul berjalan dengan seorang lelaki. walaupun sekelas dengan aku, malu tu masih lagi menebal. sudah aku melambatkan langkahku,dia pun ikut rentak lambat jugak. adui. macam-macam bha budak nie. tak nampak ker tak lama lagi perhimpunan nak bermula?..

" kak jue,makin lambat bha kau berjalan. longgar pulak skru lutut aku nie..aku jalan dululah" dia akhirnya bersuara.

" ok.. bye"

huh! lega. xpayah jalan lambat-lambat lagi. 

seperti biasa, bila perhimpunan jer,aku mesti jumpa kembar si ' dia'.entah tingkatan berapa budak tu. yang aku tahu nama dia ialah *******..eeeee....teringat aku dengan 'dia'. yang pastinya aku memang miss kat 'dia'. betul. ' apalah kak jue nie. yang depan mata tak mahu. yang lain jugak dia kejar'. 
nak kata aku yang bertepuk sebelah tangan? pedulilah. i don't care. 


then masuk kelas macam biasa.

" jul****.. baru hari nie muncul. cuti 4 hari nie. sibuk buat biskut raya ker?

" cikgu,dia sakit la."

"oh"



 kemudian cikgu-cikgu sibuk bagi markah kepada para pelajar. kemudian balik macam biasa. aku pulak sempat menyinggah kat kedai. nah! syafiq and the gengnya lagi.

"kak jue tak puasa ker singgah kedai? nak beli manggi la nie?" 

" puasalah. mak aku suruh beli coklat masakan. nak buat biskut raya."

" aku mau pegi beraya rumah kak jue nanti. paham-pahamlah mangsa kebakaran nie kesian"

"ok.datang lah"

* kak jue nie menyentuh kisah dengan shafiq jer.minat kat dia ker?








Thursday, August 11, 2011

time puasa ne

assalamualaikum...
aku nak citer nie. citer yang tak best tapi nak aku citer jugak. huhuhu.

bila kedai Big Apple Donut menjdi perbualan kebanyakan warga Tawau,sula n Fyda pun mengajak aku pegi kedai tu. ala, hujung hotel Kingston tu.Dekat hotel king park tu la. mengikut jangkaan aku la,kedai roti sepatutnya terpacak berhadapan dengan kedai  donut tu. pendapat aku la, double doughnut di kota kinabalu tuh lagi sedap. murah and leh makan puas2x lagi.hehehhe.<-- yang nie xda kena mengena dengan tajuk entry aku.
k,cukup.

actually aku nak cakap pasal exam excel yang sedang aku dan semualah student di balung tu ambil sekarang nie. sistem sekarang dah lain.Di sekolah, jam 6.30 pagi loceng akan dibunyikan dan semua pelajar dikehendaki turun untuk membaca buku dan masuk semula dalam kelas pada jam 7 . aku suka sistem macam nie. sebabnya? contohnya bila seorang student tak sempat nak buat revision sebelum exam so dia dapat cover semua tu bila time membaca tu. hehehe.. <-- ini pengalaman aku yang kerap aku alami apabila musim exam. aku la contohnya tu..hehhee 




memandangkan exam kali nie kena pada bulan puasa, so takdalah kegiatan meniru. lega bha rasanya. kenapa lega?
sebab aku memang sakit hati tengok orang yang meniru nie. suka-suka jak dia meniru untuk dapat markah tinggi sedangkan orang lain berhampas pulas. tak ker ko sakit hati bila semua tu berlaku depan mata ko? 
sejak aku termakan nasihat cikgu Andaiyani Ahmad yang berbunyi " perbuatan meniru tu samalah seperti tidak menghormati ibu bapa, guru-guru dan terutamanya Tuhan. jika tak hormat,tak sayang ibu bapa,teruskanlah niat nak meniru tu".
k,aku termakan nasihat tu sebab ada ayat ada kaitan dengan ibu bapa. bila bab yang berkaitan dengan ibu bapa nie, aku memang kisah tersangat coz aku sayang mak bapak aku sangat.

tadi exam muet writing. sebelum bermula paper tu kebanyakan kami bersembang tak tentu hala. hehehe. mana taknya, belum habis lagi cerita pasal benda tu then masuk cerita baru pulak. hahaha, bercampur aduk cerita tu. cerita pasal rakyat malaysia yang menjadi mangsa rusuhan di London then masuk part solat hajat pastu bab terawih kemudian entah masuk part mana. tpi part juadah bersungkai nnti xda masuk. tkot nnti makruh puasa.hehehe



cerita pasal terawih pulak. dlu time aku form 4 & 5 aku suka betul ikut pakcik aku p solat terawih. ambil full pulak tu.hehehe.mana tak, kami akan melawat masjid kampung-kampung untuk sembahyang terawih. misalnya,semalam solat terawih kat Sungai Balung, hari nie pulak kat Taman Sri Balung,esok pulak di perumahan batu. so,selain aku dapat jumpa macam-macam perangai macik-macik,aku jumpa trend baru.trend budak-budak makan sambil solat terawih.hhahahhaha.makan keropok lagi tu. hehehe.



cikgu Amdi pulak tawarkan hadiah kepada budak-budak perempuan yang mengambil sains sukan. isk, lawak betul. ada ker patut.

petua aku time bulan puasa menjelang nie " supaya tak teringat raya tu lama lagi,kira minggu.means,kalau sudah berpuasa seminggu just ingat tinggal 3 minggu lagi. jangan nak bergedik-gedik kira hari sebab akan menambah bosan nak puasa dan  menganggap puasa tu suatu beban".
petua kawan alam maya aku pulak " time nielah banyak nikmat.Terutamanya nikmat main mercun.wakakakaka"


huh. cakap pasal puasa yang semestinya ada mercun nie mengingatkan aku pasal c mezanzack 
yang menyambut bulan puasa nie dengan penuh kesukaan. kesukaan sebab main mercun sampai alarm kereta pun turut bersound jugak.mesti banyak mercun dalam poketnya tu. hehehehhe. benda nie berbahaya kan? so,napa nak main jugak?



k la. enough untuk kali nie. see u soon. lau korang rasa ada pengajaran dalam entry kali ni,jdikan tauladan. lau tak jumpa apa-apa pengajaran, time sahur atau sungkai nanti banyakkan makan kismis or kurma. :-)
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...