Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon Nukilan Jejari Si Anakanda Hainiey: November 2011

Friday, November 11, 2011

menyesal

assalamualaikum...

hari nie aku nak cerita kisah hidup aku. semalam, selepas berhempas pulas melawan sesak dari kunak ke dumpas, akhirnya kami sekeluarga sampai ke destinasi iaitu surau dumpas,surau al-akhbar waktu maghrib. ketika sampai hanya kami sekeluarga n beberapa ajk masjid disitu. aku yng dihimpit perasaan bersalah menghampiri jenazah abg sepupu sekaligus merangkap pcik aku. haru aku melihat keadaan pakcik aku yng besar mcm katil single adik lelaki aku. kenangan time dengan pkcik aku datang satu persatu dlm minda aku. aku suka minta lagu BI dengan dia, aku suka ckp dengan dia kuat mkan..bla,bla...
Pakcik aku pun membalas balik, mengolok aku balik. sweet kenangan tu sehingga aku tak sanggup memanggil beliau arwah.terasa dia masih ada.


akhirnya, segala rentetan peristiwa kematian pacik aku disebabkan kecuaian isteri beliau sendiri. pcik aku ditemui d rumhnya sendiri. beliau ditinggalkan sendiri. tidak kenal pasti meninggal waktu bila.

setelah semuanya telah selesai, kmi sekeluarga pulang sekitar jam 11 dan smpai di rumah kira-kira 1 lebih.

hari nie ada konvo. happynya aku tgok anas bergambar ngan mak n bapak dia,sula pun cmtu jugak. aku? takda seorng pun yng dtng tgok. saudara mara semua pegi Dumpas untuk  buat tahlil untuk beliau.

kes yng sama jugak dinner d hotel dengan PPU Atas. jiwa aku d Dumpas.

Al-Fatihah. Semoga roh Pcik aku dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan orng2 beriman. Amin.

Saturday, November 5, 2011

event sebelum raya Aidiladha

semalam. hari jumaat, sekolah aku ada buat Majlis Restu Ilmu. aku jika boleh mengelakkan diri menghadiri majlis sedemikian tapi, memandangkan nak ada buat solat hajat, bacaan yassin dan sebagainya, aku pun pergi ke sekolah. Majlis tu special untuk budak-budak yang nak ambil exam besar iaitu SPM dan STPM macam aku.

sehari sebelum majlis tu, aku dah pujuk mak aku pegi majlis tu. yela, nak ambil berkat orang tua. tapi, mak aku tak dapat pegi. apalagi, malam jumaat tu aku sengaja menyepi duduk dalam bilik tanda merajuk. 

akhirnya hari tu pun telah tiba.
aku tunggu mak aku datang. 
adik angkat aku pulak sibuk mengelakkan diri menemui aku. 
dia tu mcm tau-tau jer aku nak tanya result exam dia. 
akhirnya semua mak bapak telah berkumpul d surau nak buat selat hajat n baca yassin. 
aku still menuggu d pintu surau padahal aku suda tahu mak aku tak akan datang pun. 

setelah selesai solat hajat n bacaan yassin, mulalah pelajar2 menyalam ibu bapa dan cikgu-cikgu. aku mula cengeng bila c erna yng msih bertelekung jumpa aku n ckp,
" jue, mintak maaf sangat-sangat yer. aku banyak buli kau. suruh kau buat kerja rumah aku la, suruh jumpa cikgu la. maafkan aku ya.."
naaa.. part nie sadiz aku rasa. terbayang setiap benda yang c erna buat kat aku. tapi aku tak kisah, walau apapun dia buat kat aku, aku sayang kat dia. aku lebih sayang kat dia daripada mr w f. sehingga sekarang aku masih ingat lagi kata-kata c erna. 


aku memang pantang tengok orang nangis-nangis neh. mcm mau menangis.* padahal, memang menangis pun*

aku try menahan air mata aku, dalam hati,  
" jangan nangis jue. sapa nangis dia budak kecik"
"ala jue, takkan nak nangis kot?"
" suda kan hari tu nangis, takkan nak nangis lagi kot?"
" suda2 la menangis tu. simpan untuk hari kemudian,,,"
tapi seribu kali sayang, aku tak sekuat itu. 





seusai salam apa semua, time to sign report card. walaupun masih top ten, aku tetap rasa bengap betul. fitrah manusia yang tak pernah puas. oleh sebab mak aku takda lagi time mcm nie, aku lebih suka guna kaedah " mak tiri". hehehe. pinjam mak orang. yela, jika tak pinjam mak orang lain, aku tak tahu pointer aku yang tak seberapa tu.

k. cukup untuk coretan semalam. 
esok kita akan menyambut hari raya Aidiladha a.k.a Raya Korban. so, aku nak kata,

"SeLaMaT HaRi RaYa AiDilaDHa"  


k,,,
see u soon.


Thursday, November 3, 2011

macam hal sedang melanda dunia aku

Assalamualaikum..

tempat : kelas 6 Atas Cekap
waktu : pagi - tengah hari

time aku melangkah masuk ke kelas, aku tengok mata kawan aku yang duduk depan aku, c erna. sadiz betul bha. bengkak sampai x nmpak suda anak mata dia tu. aku just suruh dia bersabar dan byakkan berdoa pada Tuhan supaya dugaan yang sedang melanda dirinya cepat berakhir. nie baru kes kawan aku yng kena fitnah sehingga mak dia tak bertegur sapa dengan dia. dia mengadu tak mahu ke sekolah sebab terlalu malu. yela, jika kau d tuduh cakap yng tak betul pasal itu dan ini, then semua tingkatan menengah atas tahu perbuatan terkutuk tu, ndak kau menangis menghadapinya?mesti kau malu dengan pandangan serong dari budak2 tingkatan lain kan.


kes c surik pulak yang kena fitnah. sapa yng pernah kena dengan situasi macam nie, aku nasihatkan korang berhati-hati. situasi dimana kau yng sudah berminggu-minggu tak hadir ke sekolah sebab menjaga mak engkau yang sedang koma dihospital tup-tup bila kau hadir ke sekolah hari nie then terus terlibat dengan fitnah. aku simpati dengan surik yng tak mahu makan dan tak mahu belajar sebab masalah-masalah tu. hope dia jangan berhenti dari form6 ni. 

then c linda pulak or kabenk. kawan yang temani aku pergi jumpa mr W F. dia menangis sebab tindakan syafiq yang aku kira sungguh kurang ajar. imagine pic kad pengenalan kau yang tak pernah bertukar wajah diupload pegi Facebook. ndak kau mengamuk tengok komen2 negatif tu? 

aku berharap sangat semua masalah-masalah yng melanda budak kelas aku cepat selesai. mana taknya, exam STPM tinggal beberapa hari lagi. aku harap target exam stpm nie menjadi kenyataan. Aminnn...

sebelum aku nak undurkan diri, aku nak cerita pasal "dia". walaupun erna,ayen dan seangkatan kawan2 a.k.a budak kelas aku suka mengusha-usha aku dengan "dia" tapi aku like no feeling dah. mybe dah terlalu nekad nak lupakan "dia". teringat isnin nie linda sudirman buat open house dan suruh sekali bawak boypren. aku? offcouselah aku tak datang sebab mau beraya dengan bini aku. wahahahahahahahaha


k la, aku chaw dlu. daaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...