Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon Nukilan Jejari Si Anakanda Hainiey

Monday, October 22, 2012

hidup aku kini


assalamualaikum..

Akhirnya aku kembali lagi untuk mengupdate blog nie. Syukur kepada Tuhan kerana mesih memberi peluang kepada aku untuk bercerita lagi.. hehehe

Sekarang nie,aku tengah kecewa dengan situasi hidup aku. Apa-apapun aku kena tanggung sendiri. Sebab apa? 
Sebab aku salah sendiri. So, kena tanggunglah. 
Aku akui, aku amatlah kecewa dengan keputusan mak aku yang hendak hantar aku pegi bekerja dengan abang sepupu aku di Sarawak. Aku tak tahu apa yang aku kata dengan mak aku hari tu sampailah mak aku fed up dengan aku. 

Sehinggalah hari ini, aku masih lagi seperti dulu. Cuma aku membuat sesuatu tindakan yang agak drastik sedikit. Aku hanya cuba menjauhkan diri daripada kawan-kawan sekolah aku dulu. Dalam usaha aku menjauhkan diri, aku terima berita pasal kawan aku, mimit, yang akan melansungkan perkahwinannya tanggal 13 bulan 11  nanti. Isya-Allah, aku usaha datang yer mit. 

Tak lama lagi semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sangat baguslah cadangan mak aku nak bawa kami adik beradik pergi beraya di Seberang sana, Indonesia.  Walaupun aku agak takut melihat alunan ombak yang seakan mahu memukul orang.. tapi isya-Allah, pasti aku jejaki jugak tanah Indonesia tu.

by the way, hidup aku happy dengan membusykan diri. Aku happy dengan kawan-kawan sekerja aku. 











nampak happy kn?
hehehe

ok lah. tu je yang aku nak cerita. Jumpa dalam post yang akan datang.
Sekian.

Monday, September 3, 2012

bestnya raya

assalamualaikum..
lama dah aku tak mengupdate blog nie...
ntah masih ada yang sudi jenguk atau tak..
aku sendiri pun tahu..
tapi niat aku bukan nak suruh orang jenguk blog aku yang tak berapa ni, 
niat aku hnya untuk melepaskan apa-apa sahaja yang terlintas dalam minda aku.

sepatutnya jam 6.45 p.m  tu aku ikut serta pergi open house yang diadakan oleh satu kerja aku jugak. si Sobri.. mengikut firasat aku, mybe aku jak yang tak pergi disebabkan oleh hal yang tak dapat dielakkan. hahahaha...
mintak maaf ya Sobri..

 so, saksikan raya aku dengan kengkawan sekerja aku.. hehehehe















itu jela yang aku nak share kali nie. raya kali nie memang best. alala.. raya tiap tahun pun best bha...



Saturday, July 21, 2012

salam ramadhan..

Assalamualaikum...

hari nie kita semua start puasa kan?
best kan?
waktu pegi masjid nak sembahyang terawih pun ramai orang.
penuh masjid tu.
dari yang budak-budak sampailah atuk nenek. 
meriah. tambah-tambah lagi kalau budak-budak pegi main mercun belakang surau.
hehehehe..best x?
bulan-bulan lain xda macam nie tau..
paling best bila syaitan-syaitan semua kena rantai.

untuk someone tu, take care. puasa nie jangan lupa akan sembahyang terawih...

kepada semua saudara/saudari seagamaku,
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN.
:-)

Thursday, July 19, 2012

semalam..

Assalamualaikum..

Sambil aku minum air putih dan mengupdate blog, actually aku nak kata apa erk? >_<

naa...ingat dah.
hehehehe,,,,

semalam c kicik telefon aku ( kicik tu kawan aku time kerja d KK dlu),
then dia tanya pasal tanggal mahu masuk u tu...
then aku bgtaulah dengan dia yang berkemungkinan besar aku tak sambung study sebab beberapa perkara. cerita dia sampai d situ saja.


time online fb, Mr F tu pun online jugak. menyibuk jugak dia nak online bha.
then dia suruh bg nyahaktif akaun fb aku tu..
eeeee... tak suka.
x suka kena cntrol bha. macamlah budak kecik.
:-(

Mr F, bilakah anda akan berubah nie? bolehkah anda melayan saya seperti budak-budak perempuan yang lain ? bukannya seperti budak perempuan darjah 1?


hahahaha.. muncul lagi plan jahat aku..tak, sebenarnya nie adalah plan  C.A.R.I.N.G untuk Mr F.
nak block Mr F la.
takda la ancaman lagi.
then, xpayah nak berhubung dengan dia lagilah.
hehehe..
bestkan plan C.A.R.I.N.G aku?

hahaha.. so, Mr F, jangan ingat saya pun tak boleh balas balik C.A.R.I.NG  anda tu tau.













Tuesday, July 17, 2012

entah apa

assalamualaikum.

kira lama jugaklah aku tak mengupdate blog ni kn?
* ada kisah kami kisah kau update ker atau tak wahai kak ju?* 


sekarang ni aku tengah bingung.
sebenarnya aku malas nak sambung belajar.
apa-apapun alasan, aku kena sambung belajar dan tempat yang aku belajar tu mestilah dekat.
memandangkan aku lagi malas nak sambung study dan bekerja, aku duduk kat umah sambil online n jaga ank buah aku. kiut bha anak buah tu. kalau hal budak-budak ni aku memang tak berkira. biarlah berbelanja beratus sekalipun asalkan anak itu bahagia.
:-)




...
someone tu dah upload pic family dia la.
bha.. thnks ye. thnks la for everyhing.











Sunday, July 8, 2012

Lega.

Assalamualaikum...

Nampak tak yang blog nih semakin semak. silap aku jugak. nak sangat main dengan edithtml, naah... ambil kau. tak boleh nak padam balik.

sebenarnya aku bukan nak cakap pasal blog aku yang semakin semak ni, tapi pasal suatu peristiwa.

lega akhirnya aku dah bgtau kisah gelap aku dengan someone tu. Biarlah dia tahu peristiwa tu. Tapi dia tak mahu dengar dengan lebih lanjut lagi. entah kenapa? mungkin geram kot dengar peristiwa tu. berita tentang cikgu tu pun aku tak tahu dah.
Sudah.Cukup.Jangan cakap lagi.







Saturday, June 2, 2012

alhamdulillah...akhirnya aku balik Tawau

Assalamualaikum...
alhamdulillah..aku sampai jugak di Tawau kelmarin petang,jam 6 petang gitu.
baru saja sampai,aku pun berlari-larian mandi sebab nak pegi tempat orang kawin. abang kawan aku kawin. sebenarnya aku bukan nak sangat pergi tengok orang kawin tu, tapi aku mahu jumpa kawan aku yang datang dari KK jugak sebab esok harinya dia akan balik. yang pasti aku akan merindui dia. bha..kawan perempuan jugak. jangan ada yang fikir lain-lain ya..

ha, yang berbaju warna coklat tulah kawan yanga ku maksudkan tu..


aduhai...kenapa dengan aku nih?
asyik-asyik teringat tempat aku d KK tu.
banyak kenangan manis d sana bha. 
sehinggakan bahasa KK aku pun masih melekat lagi. 
dui..
tiada suda main futsal lepas balik kerja. 
tiada suda pertandingan makan tembikai dengan kawan sebilik aku.

geng main futsal


aku akui, sepanjang aku hidup disana, aku hidup mewah sikitlah. takda orang nak marah-marah aku. aku punya supervisor pun cool saja.
tiap sabtu makan luar.means sarapan, tengah hari, dan malam makan di restoranlah. tak payah nak masak-masak lagi.


hehehe..keadaan d asrama perempuan.


tapi setelah aku fikir balik, biarlah aku duduk rumah. rehatkan diri. 

p/s : 
kepada someone tu,
aku dah update blog tau. aku tak mungkir janji kan?
 teddy bear tu cancel la. lagipun memang payah nak cari kan?
pesanan ari tu aku akan usaha untuk ikuti.
bha..kau pun jangan lupa jaga diri tau. jaga pemakanan. 
bye..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...