Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon Nukilan Jejari Si Anakanda Hainiey

Tuesday, July 17, 2012

entah apa

assalamualaikum.

kira lama jugaklah aku tak mengupdate blog ni kn?
* ada kisah kami kisah kau update ker atau tak wahai kak ju?* 


sekarang ni aku tengah bingung.
sebenarnya aku malas nak sambung belajar.
apa-apapun alasan, aku kena sambung belajar dan tempat yang aku belajar tu mestilah dekat.
memandangkan aku lagi malas nak sambung study dan bekerja, aku duduk kat umah sambil online n jaga ank buah aku. kiut bha anak buah tu. kalau hal budak-budak ni aku memang tak berkira. biarlah berbelanja beratus sekalipun asalkan anak itu bahagia.
:-)




...
someone tu dah upload pic family dia la.
bha.. thnks ye. thnks la for everyhing.











Sunday, July 8, 2012

Lega.

Assalamualaikum...

Nampak tak yang blog nih semakin semak. silap aku jugak. nak sangat main dengan edithtml, naah... ambil kau. tak boleh nak padam balik.

sebenarnya aku bukan nak cakap pasal blog aku yang semakin semak ni, tapi pasal suatu peristiwa.

lega akhirnya aku dah bgtau kisah gelap aku dengan someone tu. Biarlah dia tahu peristiwa tu. Tapi dia tak mahu dengar dengan lebih lanjut lagi. entah kenapa? mungkin geram kot dengar peristiwa tu. berita tentang cikgu tu pun aku tak tahu dah.
Sudah.Cukup.Jangan cakap lagi.







Saturday, June 2, 2012

alhamdulillah...akhirnya aku balik Tawau

Assalamualaikum...
alhamdulillah..aku sampai jugak di Tawau kelmarin petang,jam 6 petang gitu.
baru saja sampai,aku pun berlari-larian mandi sebab nak pegi tempat orang kawin. abang kawan aku kawin. sebenarnya aku bukan nak sangat pergi tengok orang kawin tu, tapi aku mahu jumpa kawan aku yang datang dari KK jugak sebab esok harinya dia akan balik. yang pasti aku akan merindui dia. bha..kawan perempuan jugak. jangan ada yang fikir lain-lain ya..

ha, yang berbaju warna coklat tulah kawan yanga ku maksudkan tu..


aduhai...kenapa dengan aku nih?
asyik-asyik teringat tempat aku d KK tu.
banyak kenangan manis d sana bha. 
sehinggakan bahasa KK aku pun masih melekat lagi. 
dui..
tiada suda main futsal lepas balik kerja. 
tiada suda pertandingan makan tembikai dengan kawan sebilik aku.

geng main futsal


aku akui, sepanjang aku hidup disana, aku hidup mewah sikitlah. takda orang nak marah-marah aku. aku punya supervisor pun cool saja.
tiap sabtu makan luar.means sarapan, tengah hari, dan malam makan di restoranlah. tak payah nak masak-masak lagi.


hehehe..keadaan d asrama perempuan.


tapi setelah aku fikir balik, biarlah aku duduk rumah. rehatkan diri. 

p/s : 
kepada someone tu,
aku dah update blog tau. aku tak mungkir janji kan?
 teddy bear tu cancel la. lagipun memang payah nak cari kan?
pesanan ari tu aku akan usaha untuk ikuti.
bha..kau pun jangan lupa jaga diri tau. jaga pemakanan. 
bye..





Saturday, March 24, 2012

nasib baik

assalamualaikum...

gilarnya tadi.mengucap jak aku. semua orang d sekitar kedai 1borneo tu tengok aku n kakak ina. bikin malu sak menjerit.  Mana tidaknya, Kak Munirah yang sedang sarat mengandung tu hampir tergelincir sebab anaknya seorang merengek sebab tidak puas main kereta yang menggunkan token tu. apa nama permainan tu ?..la.. lebih kurang macam permainan kereta d fun fair.. 
tidak dpt aku bayangkan if la Kak Munirah tu tetiba keguguran depan mata aku sendiri.. uish! nauzubillah min zalik! 

lepas event tu, kmi pergi makan d tepi pantai. aku sendiri pun taktahu nama tempat tu, tapi tempt tu berdekatan UMS.
selepas kak munirah mengorder makanan, aku pegi beli satay. 
time makan-makan tu, sempat lagi aku mengata. hehehe. maaf ya encik punya restoran.
bukan apa, nasinya tu lecak. lebih kurang macam nasi basi tu. cuma yang aku makan tu taklah nasi basi. ish!
then satay dia pulak macam rasa plastik! nasib baiklah bukan nasi basi yng d makan. hehhe

haish....
kenapa bha aku nie.. semuanya tak kena. hehhehe
yela-yela. aku redha jak. nasib 

tu jela yang aku nak post. k, lah. bye..


Sunday, March 18, 2012

rindu sama Tawau

Assalamualaikum...

setelah beberapa minggu aku disini, yakni d ibu kota Sabah ni, aku pun mulai rindu bandar Tawau yang kecik tuh.

Ya Allah.. rindunya aku nak makan sanggar cheese, mi basah yang aunty Timah aku buat, laksa dan macam-macam lagi..isk. isk. makan jugak yang d ingat bha. macamlah takda benda lain nak di ingat.
hehehe



Padahal baru aku pun ada balik Tawau jugak baru-baru nie sebab ada kenduri yang family buat. punya ar aku rindu bila ingat balik ketika kazen2 semua berebut-berebut nak makan ayam goreng sampailah aku pun rasa sedih nak tinggalkan kazen2 aku waktu subuh tu. nak buat macam mana kan? cuti yng dibagi pun hanya two days and pergi ke ibu kota Sabah nie pulak waktu subuh. sekitar jam 5. 
hurmm,,,, nasib baik ar aku tak nangis time peluk macik-macik aku waktu nak berangkat tu. memang ar aku tak nangis sebab aku kan budak pompuan yang kuat..

beberapa minggu yang lalu keluar result budak STPM, padahal akulah jugak salah seorang budak STPM tu...time lepas exam beria-ria minta result keluar, bila keluar rasa takut pulak nak p ambil result tu di sekolah. haish...

buat masa nie, aku plan nak keja dan jika boleh aku rasa tak nak lagi nak sambung study.. walaupun pointer yang aku dapat tu sekadar cukup-cukup makan jer tapi rasa malas pulak nak sambung study..if la aku layak masuk mana-mana IPTA,aku akan pertimbangkan buat if dapat mana-mana kolej or IPTS, so, aku akan memilih untuk bekerja. 

k. cukup ar luahan hari nie. daaa... 





Saturday, January 21, 2012

rindu pulak

 assalamualaikum... hei, baru aku nak mengepost ni blog,sorry coz tinggalkan kau seketika.

actually aku dah lama nak mengupdate blog tapi oleh sebab pelbagai kekangan, biasalah kan, norma hidup cmni. uish...(apa benda yng sedang aku melalut nie?)

semenjak tinggal dengan mcik aku oleh sebab tertentu, aku akui aku memang rindu dengan fmly aku. aku rindu dengan bantal aku. aku rindu dengan katil aku yang lebar dimana aku boleh tidur bergolek-golek tanpa ada gangguan. aku rindu dengan adik pompuan aku yng comel. aku rindu dengan adik pompuan aku yng suka peluk paha aku time aku berjalan sampai aku jatuh sebab dia peluk erat sangat.hurmmm... missnya akak dengan kau dik......

aku rindu dengan sapa lagi yer?
 fmly tu mestilah, kawan-kawan, anak-anak buah aku,game,erm... dia? taklah kali.
lagipun dia selalu bikin naik darah aku. mls aku nak layan. lau dia nak call tu,mesti bgi tangguh. bukan apa, lau angkat pun, mesti aku naik darah jugak akhirnya.. benci aku.
 oh ya, aku pernah bgtau yng aku akan try lupakan "dia" kan?
tengoklah,jika selalu naik darah aku, memang "dia" ada chance utk d lupakan.
 ...............................

ni ialah anak buah aku. nama dia maisarah.

k lah, aku chaw dulu la. bye.












Sunday, December 25, 2011

entah la...

Assalamualikum....


lama dah aku tak mengupdate blog nie. semenjak dua orang family sebelah bapa n mak meninggalkan kmi baru-baru nie, aku memang busy. aku sendiri pun tak tahu busy sebab apa.. ditambah lagi line broadband yang buat aku sakit jiwa, bertambah semangat aku supaya tak payah mengepost sebarang event. hehehhe.. syukurlah line kali nie dah ok sikit.

thnks kepada ayu,nora lain-lain dan someone tu yang balik2 suruh update blog. thnks sebab masih menyokong aku.


sebelum berakhirnya tahun 2011 nie, memang banyak event berlaku kpd kita termasuklah aku. termasuklah jugak aku jumpa someone dengan Linda di Sabindo untuk kali pertama. terkejut, geram, semualah perasaan ada. haish.. malas mau mengulas pasal event tu. event lain pulak, kedua-dua uncle sebelah mak n bapa pergi ke alam lain pada masa yang sama aku ada paper exam esok hari. lagi? hurm... aku menduduki STPM. bha.. *besar* suda rupanya aku.. budak2 mau sekolah suda.. teringat pulak time aku sibuk2 cari tukang jahit untuk jahit baju ungu PPU tu. hehehhe...

event yang lain lagi, aku try mau lupakan someone. berharap tak jumpa dia lagi. berharap dia tinggalkan aku. wait.. apa salah dia dengan aku sampai aku mau lupakan dia?
entah. sapa suruh dia 'baik' sangat dengan aku... biarlah dia rasakan.

lagi, last day aku ambil exam STPM tu,petang aku trus pegi umah macik aku. esoknya pulak sibuk bantu mengurus urusan kematian. seminggu turun naik bandar tu best jugak. mana taknya ada bedak free, debu bandar. padahal kawan2 aku lain pegi enjoy suda. uish... sudalah kau jue. jangan mengeluh. dugaan semua nie.

lagi?.. hurm. aku jumpa dengan ayu dan budak2 kelas 6AC. walaupun dowrang tu nakal macam aku but rindu jugaklah bila time belajar d kelas. dowrang suka buat lawak.
miss you all.

klah, aku mau chaw dulu. daa.. see u soon.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...