Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon Nukilan Jejari Si Anakanda Hainiey: 2012

Wednesday, November 7, 2012

malas begini

Assalamualaikum..

tadi kena bebel oleh mak n bapak. Semua ni gara-gara pakcik aku suruh aku masuk satu kursus tu. 
eee.. aku tak minat benda tu. 


mak : (nama manja aku), pakcik Yusuf mu tepon mak tadi. bila mau masuk sana? 
aku : tak minat bha tu mak. lagipun  tu kan kursus jak. lama lagi kursusnya tu. macam buang masa. <-- ini anak yang di tanya sepatah, dijawab berpatah-patah. hehehe
bapak : kau ikut saja pakcik mu tu. orang lama bha dia di sana tu.ndak malu dengan adik mu ka?
aku : hurmmmm.... iyalah. nanti aku tnyakan balik dengan pak cik Yusuf tu.<-- cakap jer. padahal dalam hati aku, aku just tnya benda yang xda kaitan dengan kursus yang entah apa-apa tu. hehehe

sebenarnya aku memang tak minat belajar dah. 
dalam fikiran aku hanya nak kumpul duit then bagi diaorang naik haji. 
biar diaorang puas hati. so, takdalah lagi nak bebel-bebal aku lagi. 
hehehe..

tapi mak akulah orang yang suka sangat mendesak aku supaya sambung belajar.
mak aku nilah yang balik-balik membuat kepala aku pening sehingga aku migrain datang. 
time aku lipat kain, basuh kain, mengemas bahkan walaupun time tu aku tengah mengamuk, mak aku balik-balik cakap benda tu. "bila kau mahu sambung belajar nih?"

so, aku paling malas berada dirumah waktu ini. aku lebih suka menghabiskan waktu aku di tempat aku bekerja. saja overtime. boleh naik income aku and the same time, kurang-kurang jugak aku dengar soalan cepumas tu.

dan aku berharap kawan-kawan aku yang lain pun tak bertanyakan soalan yang sama. Ini temasuk jugaklah mr fasuri. 

eh, teringat pulak rakan sekerja aku, abang izam yang bercuti hari ni. dia pegi klinik. cian dia kena morning sickness. 
Nonong pulak dah berhenti. Dia ikut family dia pindah ke Sungai Imam. 





  

Monday, November 5, 2012

Balik kampung

 Assalamualaikum...

pada hari sabtu yang lalu iaitu hari raya aidiladha yang kedua, kmi sekeluarga balik ke kampung bapak aku di Tarakan. hehehe.. best!
first time aku naik speed tu, memang aku takut sangat. takut sampai kerusi tempat duduk tu pulak aku peluk. yelah, macam-macam aku fikir. bagaimana kalau cell phone aku jatuh time aku snap picture? if lah kamera aku jatuh, atau aku yang terjatuh? ish..ish..ish.. nauzubillahmin zalik!

alhamdulillah, setelah beberapa jam di lautan tu,akhirnya selamat jugak kami sekeluarga sampai di darat. Di bumi Tarakan. 

























 






bye indonesia.

best tak terkata time disana. walaupun aku tak tahu guna wang rupiah yang dibagi oleh nenek. harga selipar urut yang aku beli di sana hanya 50 ribu rupiah iaitu 15 ringgit. hehehe



cepat-cepatlah raya. tak sabar aku nak balik indonesia lagi. hehehe..






Monday, October 22, 2012

hidup aku kini


assalamualaikum..

Akhirnya aku kembali lagi untuk mengupdate blog nie. Syukur kepada Tuhan kerana mesih memberi peluang kepada aku untuk bercerita lagi.. hehehe

Sekarang nie,aku tengah kecewa dengan situasi hidup aku. Apa-apapun aku kena tanggung sendiri. Sebab apa? 
Sebab aku salah sendiri. So, kena tanggunglah. 
Aku akui, aku amatlah kecewa dengan keputusan mak aku yang hendak hantar aku pegi bekerja dengan abang sepupu aku di Sarawak. Aku tak tahu apa yang aku kata dengan mak aku hari tu sampailah mak aku fed up dengan aku. 

Sehinggalah hari ini, aku masih lagi seperti dulu. Cuma aku membuat sesuatu tindakan yang agak drastik sedikit. Aku hanya cuba menjauhkan diri daripada kawan-kawan sekolah aku dulu. Dalam usaha aku menjauhkan diri, aku terima berita pasal kawan aku, mimit, yang akan melansungkan perkahwinannya tanggal 13 bulan 11  nanti. Isya-Allah, aku usaha datang yer mit. 

Tak lama lagi semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sangat baguslah cadangan mak aku nak bawa kami adik beradik pergi beraya di Seberang sana, Indonesia.  Walaupun aku agak takut melihat alunan ombak yang seakan mahu memukul orang.. tapi isya-Allah, pasti aku jejaki jugak tanah Indonesia tu.

by the way, hidup aku happy dengan membusykan diri. Aku happy dengan kawan-kawan sekerja aku. 











nampak happy kn?
hehehe

ok lah. tu je yang aku nak cerita. Jumpa dalam post yang akan datang.
Sekian.

Monday, September 3, 2012

bestnya raya

assalamualaikum..
lama dah aku tak mengupdate blog nie...
ntah masih ada yang sudi jenguk atau tak..
aku sendiri pun tahu..
tapi niat aku bukan nak suruh orang jenguk blog aku yang tak berapa ni, 
niat aku hnya untuk melepaskan apa-apa sahaja yang terlintas dalam minda aku.

sepatutnya jam 6.45 p.m  tu aku ikut serta pergi open house yang diadakan oleh satu kerja aku jugak. si Sobri.. mengikut firasat aku, mybe aku jak yang tak pergi disebabkan oleh hal yang tak dapat dielakkan. hahahaha...
mintak maaf ya Sobri..

 so, saksikan raya aku dengan kengkawan sekerja aku.. hehehehe















itu jela yang aku nak share kali nie. raya kali nie memang best. alala.. raya tiap tahun pun best bha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...