Bissmillahirahhmanirrahim...
hari nie,..3 perkara yang selalu aku fikirkan..yang lain tu fikir jugak tapi tak la dikatakan selalu..dan di luahkan melalui dialog,sajak,dan cerpen..separuh aku edit dari internet dan separuh lagi buat sendiri...ntah la apa yang terjadi dah dalam blog ne..terhambur,bersepah,???..
~ 1-tentang agamaku: iman,bercutikah kamu hari ini?~
Iman : Assalamualaikum.
Diri : Waalaikumussalam. Oh,encik iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?
Iman : Apa pulak cuti bos. Saya kan diberikan cuti.
Diri :Oh ye,lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari itu, saya teringatkan kamu.
Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambik balik jawatan saya dari en.nafsu?
Diri : Eh,tak boleh3x. Saya sayang sangat nak pecat en.nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya mengiburkan saya. (sambil tersenyum..)
Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.(dgn nada sedih)
Diri : Eh,jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu.(sambil merayu)
Iman : Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok en.nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.
Diri : Aduh, rasa serba salah la pulak saya.(keliru)
Iman : Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat en.nafsu, bos.
Diri : Saya tahu. Jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu, en. Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga en.nafsu, tak kiralah apa yang berlaku.en.iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-quran dan apa-apa yang patut.
Iman : Alhamdulillah,syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh ceo (Allah S.W.T) sebagai muttaqin.
Pengajaran:
Kitalah bos kepada diri sendiri. Dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita (macam planner). Oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. Malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.
~2-tentang kehidupanku : perit berada di dunia nie
...TERIMA KASIH YA ALLAH...
Apabila hati ini meronta-ronta kesakitan, apabila berjurai air mata mengalir, ada insan hadir, cuba membuat kita mengukirkan senyuman. Ada insan hadir membuatkan kita ceria sebentar. Biarlah hanya sebentar. Kerana itu tanda Allah berada di sisi kita. Jangan bersedih..kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah. Tanpa dugaan yang Allah beri hingga ke hari ini, kita pasti saya akan menjadi lemah, alpa, khilaf.
"Kami sayangkan kamu"
"Allah paling sayang kamu.. tenang-tenang sudah"
"Mabruk jiddan!"
MasyaAllah! Terima kasih Allah! Terima kasih kawan! Move on move on!! Bangun, bangun! Kamu tidak akan pandai jika kamu mahu terus berada di zon selesa! Bangun dan berjalan, kejarlah masa! Bangun dan lihatlah, kamu ketinggalan! Bangun dan sedarlah, Allah sayang kamu.... Terus bangun, berdiri, bukalah langkah kamu, tidak perlu melihat keseluruhan jalan, hanya buka langkah, dan teruskan... Moga Allah permudahkan segala urusan ummat Nabi Muhammad, ummat akhir zaman yang terpilih.
teman-temanku... alangkah lenanya kita selama ini. Sungguh alpa kita dewasa ini. Tidak boleh dinafikan, MANJA sungguh kita. AKU akui, aku juga sama. Ya Allah, syukur. Allah beri dugaan, untuk menguatkan semula hati kita, Allah beri dugaan, kerana SAYANG-NYA pada kita. Tegakkanlah semangat kita bersama-sama segumpal azam, kental dan teguh, sekukuh Kaabah waktu diserang Abrahah! Kuatkanlah azammu menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia mengetawakan keputusanmu! Move on!
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
c/o
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
repeat c/o 2x
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
Pandang kanan, kiri.. tiada sesiapa boleh membantumu? Pandang bawah, bumi seolah-olah berat menerimamu? Pandang ke atas! Ya Allah, langit terbentang luas kepada kita, luas lagi kasih-sayang-Nya, keampunan-Nya! Ya Allah, bebasnya burung itu terbang ke sana ke mari... cantiknya awan menghiasi dada langit, cantik sungguh ciptaan Allah, namun kitalah; manusia, semulia-mulia ciptaan, secantik-cantik ciptaan! Sahabat... jangan malu meminta pada Allah.. jangan segan memohon cinta Allah, jangan jelek menerima hadiah Allah; DUGAAN. Sayangnya Allah pada kita... itu cara Allah memberi kasih-sayangNya... ya Allah, terima kasih Ya Rabb.
~3-tentang cinta:
...HEBAT SANGATKAH CINTA?...
Atau cuma hawa nafsu semata,
Jika tiada calon, ramai yang bertanya ,
Mengapa tidak dicari katanya,
Hebat sangatkah cinta,
Jika cuma sesama manusia,
Apatah lagi berlainan jantina,
Hingga agama diletak belakangnya,
Hebat sangatkah cinta,
Jika statusku single mereka hairan bertanya,
Sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya,
Jika ramai tak buat dipandang biasa,
Hebat sangatkah cinta,
Menghayati rasa yang terkandung didada,
Terlahirnya sajak ,puitis nya cinta,
Lautan api sanggup diredahnya,
Hebat sangatkah cinta,
Hingga semua nak diserahkannya,
Katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa,
Sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja,
Hebat sangatkah cinta,
Kononnya dihati tulus setia,
Membukti cinta tanpa diduga,
Akhirnya tubuh menjadi mangsa
Hebat sangatkan cinta,
" Saya suka awak kerana agama"
Kalau begitu mengapa mendekati zina,
Jika benar agama ukurannya,
Hebat sangatkah cinta,
Mampu membuat diri tersenyum manja,
Khayalnya meneguk madu cinta,
Sedangkan yang diteguk racun berbisa,
Hebat sangat kah cinta,
Sehingga mata yang celik dikata buta,
Dosa pun dia kata"tak pa",
Janji kau aku yang punya
Hebat sangatkah cinta ,
Jawpannya ya,
Jika mencari cinta yang Esa,
Bahagianya kekal untuk selamanya